Khamis, 22 Januari 2009

Think And Grow Rich(Berfikir Dan Jadi Kaya)

Hari nie aku sibuk untuk membaca buku "Think And Grow Rich"dalam bahasa melayu laa lagipun aku tak pandai sangat bahasa omputih nie.Banyak gak bende yang aku dapat daripada buku tue.Pengarangnya suruh baca paling kurang 3 kali dan pastu memang tak leh stop lagi dah.Dalam buku tu menerangkan tentang prinsip-prinsip yang mesti dibuat untuk mendapat kekayaan dan kalau prinsip tu diikuti gerrenti sungai kekayaan akan mengalir bab kira macam dapat gunung wang laa.
 
Antara mutiara-mutiara yang terkandung didalamnya ialah:
  • orang yang putus asa tak pernah menang dan pemenang tak pernah putus asa
Enam Langkah Praktikal Yang Mengubah Impian Menjadi Emas
  1. TETAPKAN JUMLAH YANG PASTI{tidak cukup hanya dengan mengatakan "saya ingin wang yang banyak"Pastikan berapa jumlah yang anda mahukan}.
  2. PASTIKAN DENGAN TEPAT APA YANG SANGGUP ANDA KORBANKAN sebagai ganti untuk wang yang anda mahukan.Tiada kenyataan yang dipanggil PERCUMA.
  3. TETAPKAN WAKTU YANG PASTI bilakah anda bermaksud untuk memiliki wang tersebut.
  4. CIPTAKAN SATU PERANCANGAN yang pasti bagi melaksanakan impian anda menjadi realiti dan adakah anda sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan tersebut.
  5. TULISLAH dengan jelas dan ringkas tentang jumlah wang yang anda mahukan dengan jelas,bilakah masa untuk mendapatkannya,apakah cara yang hendak anda gunakan dengan jelas dan apakah yang sanggup anda berikan sebagai galang ganti.
  6. BACALAH kenyataan bertulis anda setiap hari sebanyak dua kali iaitu semasa sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur dengan nada yang kuat dan penuh emosi-sementara anda membaca rasailah  dan lihatlah serta yakinkan diri anda bahawa anda sudah memiliki wang tersebut.

1 ulasan:

  1. ermm ada tak ebook buku nih dlm bm nyer? sy ader ebook in bi jer,

    BalasPadam